Kursus Pemanduan Defensive & AdvanceKursus Pemanduan Defensive & Advance
NISMOCLUB, SAMP & MOCA
Penganjur:
Anjuran bersama antara :
• NISMOCLUB (Kelab Permotoran Kereta Nissan Malaysia);
• SAMP (School Of Advance Motoring Principle formerly known as Shah Alam Motorsport Paradise); &
• MOCA (Malaysian Motorsports Organisers & Competitors Association / Persatuan Penganjur & Pelumba Sukan Motor Malaysia).
Peserta:
Terbuka kepada semua pemilik kereta NISSAN amnya dan ahli NISMOCLUB khususnya yang berminat dalam sukan pemotoran.
Bayaran yuran istimewa akan diberikan kepada ahli NISMOCLUB berdaftar.
Penyertaan sekurang-kurangnya 20 peserta untuk setiap sessi.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus.
Yuran:
Ahli NISMOCLUB berdaftar :
• RM 350/seorang (penggunaan kereta sendiri)
• RM 450/seorang (kereta disediakan penganjur)
Selain ahli NISMOCLUB :
• RM 380/seorang (penggunaan kereta sendiri)
• RM 480/seorang (kereta disediakan penganjur)
Bayaran termasuk kos makan dan minum, buku-buku panduan dan kemeja T rasmi kursus.
NISMOCLUB akan cuba mendapatkan tajaan tambahan dari syarikat-syarikat yang berminat.
Lokasi:
Kelas Teori: Kelab Shah Alam
Latihan Praktikal: Tempat Letak Kereta Stadium Shah Alam
Tarikh:
Kursus akan diadakan pada hari Ahad. Tarikh akan ditentukan apabila genap bilangan penyertaan sekurang-kurangnya 20 orang untuk setiap sesi.
Jadual :
8.00 pg : Pendaftaran
8.30 pg – 1.00 ptg : Kelas Teori
2.00 ptg – 5.00 ptg : Latihan Praktikal
* Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan.
Objektif:
Bagi memenuhi Fasal 4 Tujuan dan Matlamat Kelab dalam perlembagaan NISMOCLUB iaitu “Meningkatkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab dikalangan semua ahli Kelab melalui bimbingan, nasihat dan kursus yang akan dianjurkan oleh Kelab supaya mematuhi peraturan jalanraya seperti yang disarankan oleh Kerajaan agar kadar kemalangan dapat dikurangkan.”
Kerana semua ahli nismoclub adalah pemandu. Dengan penyertaan dalam kursus ini peserta akan dapat meningkatkan tahap kemahiran memandu dengan teknik yang betul.
Dengan penyertaan NISMOCLUB dalam kursus ini akan memberi hubungan yang baik dengan SAMP yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam sukan permotoran. Hal ini akan memudahkan NISMOCLUB dalam penganjuran aktiviti-aktiviti sukan permotoran yang lebih besar dimasa akan datang. Sebagai contoh penganjuran aktiviti permotoran yang dimaksudkan adalah seperti autokhana, drift, drag dan perlumbaan litar. SAMP akan menjadi penganjur bersama dan penasihat teknikal dalam penganjuran aktiviti sukan bermotor NISMOCLUB.
Peserta yang telah mendapat sijil mempunyai keistimewaan potongan harga yuran untuk penyertaan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh NISMOCLUB, SAMP & MMOCA pada masa akan datang.
Kandungan:
Teori pemanduan, demonstrasi tunjukcara dan latihan praktikal dibawah tunjuk ajar jurulatih yang berpengalaman yang merangkumi perkara berikut:
• Asas Tayar dan Kereta
• Asas Kawalan Kereta
• Kaedah Memegang Stering
• Posisi Duduk yang Betul
• Teknik Brek ABS
• Teknik Brek Konvensyenal
• Teknik Pemanduan Selamat (Defensive and Safe)
• Teknik Mengambil Selekoh dengan Selamat
• Sikap Pemanduan yang Selamat
• Teknik Mengelak Kemalangan yang Praktikal
• Karektor Dinamik dan Kawalan Kenderaan
Untuk maklumat lanjut tentang kandungan kursus sila layari
www.advancedriving.com.my atau
www.defensivedriving.com.my
----------------------------------------------------------------------------
cadangan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat j/kuasa pusat kelab dan secara prinsipnya telah dipersetujui.
aktiviti ini adalah langkah pertama sebelum aktiviti yang lebih advance dianjurkan kelab. step seterusnya adalah autokhana challenge dan track day.
terbuka untuk dibincangkan atau untuk menyenaraikan nama dan kontek nombor sekiranya berminat untuk sertai.