<< Prev | Next >>
aPIh78- 11-03-2009
aku rase benda ni akan jadi kenyataan (15 thn kene inspec) sebab kerajaan punya stail suka test dulu..
dalam 1@2 tahun ramai yang bising, mengeloh, menyumpah baru la dia kaji semula...
sama la macam kes ppsmi... dah 4 thn skrg baru setel..
kalu ade yg bising ok la...takut seme senyap dh....kerajaan berani buat sebab diorg tahu ramai yg terpaksa setuju...apa mahathir ckp ...malay always forget...
kobir- 11-03-2009
AP dah xleh cari mkn...jadi sole distributor tuk spare part plak. tarik modal secukup2nya seblum 2015 pasal AP dah tarak.
pandai tul diaorg bikin plan. macam haramm
so pas nie nak spare parts kne pegi proton lar??pakai nisan ke,honda ke,toyota ke,daihatsu ke sume kne beli kat proton???
tol ke??? :? :? :?
sham8273- 11-03-2009
FTG
FREEDOM THATS GONE! :evil:
kopite- 11-03-2009
FTG = F*** The Government
hanif_wai10- 11-03-2009
PETIKAN LUAHAN DR UTUSAN
Dengan menggunakan kereta keluaran terbaru sekali pun kalau pemandunya seorang yang tidak mementingkan keselamatan, tidak bertimbang rasa, malah memandu secara membahayakan pemandu lain, ia tetap tidak berguna juga.
hanif_wai10- 11-03-2009
Kajian semula DAN tangani banyak isu ekosistem auto
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Dasar Automotif Nasional (DAN) baharu menangani banyak masalah dalam ekosistem automotif, kata Persatuan Peniaga Proton Edar Malaysia (PEDA).
Presiden PEDA, Armin Baniaz Pahamin berkata dasar itu menangani tiga aspek utama yang penting dalam ekosistem Proton.
"Ia terutama, menangani konflik persaingan dua pembuat kereta nasional yang tidak menyokong satu sama lain, selain menyediakan arah tuju masa depan yang prakmatik menjelang pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)," katanya dalam satu kenyataan.
Ia menetapkan secara khusus mengenai pentingnya peniaga bumiputera dalam rangkaian dan isu kritikal yang dihadapi oleh vendor, selain menangani keseluruhan pasaran automotif yang tepu dan tidak berkembang.
Armin Baniaz berkata, orang ramai akan mendapat manfaat daripada ekonomi berasaskan keberkesanan kos yang diperoleh dengan mengekalkan segmen pasaran khusus dalam bahagian pasaran domestik bagi Proton.
Beliau berkata, walaupun projek kereta nasional kedua, yang dilancarkan pada 1994, bertujuan melengkapkan Proton dan meningkatkan keluaran produk automotif tempatan, kedua-duanya kini bersaing untuk segmen pasaran yang sama, yang membahagikan penguasaan pasaran.
"Keadaan itu menyebabkan pengeluaran yang rendah (bagi kenderaan dalam segmen yang sama), kapasiti pengeluaran di bawah paras penggunaan kedua-dua pengilang yang tidak berubah yang memburukan lagi segmen pasaran," kata Armin Baniaz.
PEDA juga menyambut baik arahan jelas dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam rangkaian pengedaran.
Bagaimanapun, pengedaran 100 peratus milik Bumiputera yang kini minoriti dengan jumlah kurang daripada 20 peratus dalam rangkaian pengedaran, perlu dikekalkan, katanya.
Pengecualian cukai ke atas nilai peningkatan eksport bagi kenderaan dan alat ganti dan komponen dan pengurangan atau pemansuhan secara berperingkat-peringkat duti import, akan menjadi pemangkin untuk menarik rakan strategik Proton.
Pemeriksaan tahunan mandatori ke atas kenderaan melebihi 15 tahun sebagai langkah pertama ke arah melaksanakan Dasar Akhir Hayat Kenderaan merupakan langkah baik dan selari dengan negara maju lain, kata PEDA.
PEDA bagaimanapun berharap dasar pelupusan yang diperkenalkan menerusi pakej ransangan kewangan kedua wajar diteruskan terutama ketika momentum sedang meningkat.
"Meskipun jumlah yang ditawarkan untuk melupuskan kenderaan berusia 10 tahun ke atas sangat rendah, ia patut menjadi opsyen berdasarkan purata jumlah kenderaan tua yang relatifnya tinggi di Malaysia.
"Pelupusan kereta-kereta lama sangat penting untuk industri automotif kita yang agak tepu. Pengenalan Dasar Akhir Hayat Kenderaan akan menangani pasaran automotif kita yang tepu selain mengatasi isu alam sekitar dan tahap keselamatan kenderaan di jalan." Pemberhentian berperingkat import alat dan komponen terpakai, termasuk kenderaan potong, akan memanfaat semua pihak, orang ramai, vendor Proton serta peniaga khidmat servis sah, katanya.
MEMANFAATKAN SEMUA PIHAK KA ??? :evil: :twisted:
seluang janggut- 11-03-2009
masalah yer media berat sebelah.wartawan dh x der etika.buat cita membabi buta.buat fitnah.membesarkan isu yg kecik.melaga lagakn orang.bkan sema org akal cukup.mana yg krang akal konpom akan terpesong pandangan yer.
kita tgk t.g.nik aziz,berapa kali media memutar belitkan dia punya stetment.dia punya hujah.aku rasa kalo media mesia ni jujur dh lama terbalik gomen skarang.kita yg sekolah nie ok la.tau la skit2.kena ke org kampung yg nk pkai kolkulater pn x reti.gona,,,,, terima bulat2 la,,,,
kobir- 11-03-2009
:P
dlam mesia ni antara yg byak buat dosa dan kacau bialu ialah wartawan...
men tulih jer...xde akal ka??? :(
kobir- 11-03-2009
Agak2 lar..pas ni kete2 yg dh lebeh 15 taun nie cnfirm kene aim je kalu nmpak ats jalan..huhu
skali kne than cam2 die leh charge...
sne x kne,itu x okay,dah test ke lom??bla..bla..bla...huhu
cara halus dn berkesan pada gomeng nk bgi mkan juak2 mereka.. :twisted:
1Malaysia-Rakyat dikenakan-Duit diutamakan!!!
jh_b13- 11-03-2009
dulu masa parti perikatan mula2 memerintah pon goyang gak ape..ingat 1969?tu sape yang memeganag tampuk pemerintahan sampai la kena tuko gambor dacing untuk rebranding nama yang dah rosak?kalu x cuba berubah kita x tau...nak perubahan kena ade pengorbanan..
balokboy- 11-03-2009
Memang rakyat di dahulukan sebabnya apa apa beban semua rakyat yg kena dulu, diaorang last kali kena. Memang tepat la slogan diaorang tu. Kalau rakyat tak sedar gak lagi tak tau la aku.
balokboy- 11-03-2009
Pilihanraya 4 tahun sekali kan, kita tukar gomen lepas tu kita monitor tengok ok ke tak. Kalu tak ok kita cari lg sampai ok. Apa yg kita nak takut.
mie4127- 11-03-2009
btol tu,plhnraya 4 thn skali,masa tu kita ubah,tkr kera yg ada skrng,amik kjaan bru..kita tgk dulu mcm mana,tak leh bntu rakyat,kita tukar blk..kn kah kuasa ada kat hjung jari kita,gnakn ia sebaik mngkin..
bila dah trlalu lama brkuasa mcm ni lah jdinya..siang mlm asyik dok pikir mcmana nak smbelih rkyat je..
1 malaysia..rakyat dismbelih,poket kroni diutamakan..
aPIh78- 11-03-2009
ambe setuju ngan korang seme....tukar je yg baru,selama 50 thn lebih diorg jd kerajaan ni,,perkara asas je yg diorg bagi untuk rakyat...sekolah tiap2 thn nak buat..masjid buat besor2 xdok org pun...saje nk tunjuk diorg bnyk duit(rakyat)..jalanraya cuba tgk kat sabah sarawak camne?jgn cakapla factor muka bumi diorg xleh buat jln...50thn dah bg peluang...bg peluang kt org lain lak perintah...
naga^nismo- 11-03-2009
aku dpt msg ni daripada kawan kite melalui Yahoo Messenger: "Salam. Kenderaan berumur >15thn tidak wajib diperiksa oleh Puspakom pd waktu ini sehingga Kementerian Pengangkutan merangka Dasar Jangka Hayat Kenderaan. Pengumuman Dasar Automotif Negara tidak langsung menyatakan bahawa kenderaan2 tersebut wajib diperiksa mulai thn depan. Dasar Jangka Hayat hanya akan diluluskan setelah mendpt pandangan semua pihak termasuk NGO spt Persatuan Pengguna. Olehitu rakyat tak perlu khuatir. Kepentingan rakyat sentiasa didahulukan. Tolong sebarkan. Tkasih. Mukhriz M"
Harap2 la betul.
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.